Tuesday, June 22, 2010

Arggghhhhh~bosannyer~

Aku pun tak tau kenape aku bukak blog baru.pasal blog lame pun tak penuh lagi.*bajet blog boleh habes je mukasurat dia kan..

sekarang tengah cuti.cuti 2 minggu je.sebab 5 hb aku dah kne balik gombak.preparation KAED punya taaruf.tapi aku nak pegi ARCHIDEX gak 3&4 hb ni.Padahal bukan aku tak tau,Pijot kawan sekolah rendah aku nak tunang 3 hb tu.Aku kene datang...kang tak jadi tunang budak tu kang~

dan aku cuti-cuti ni dok sendirian je la kat umah.semua tak balik.tinggal aku dan mak aku je.dah gaya rumah orang bujang dah rumah ni.soooo bosan.

tapi bila naik ni kang dah sem 1.berbirat la kepala aku hadap projek.tak boleh ke tiap-tiap sem tu short sem?bahagia la sket aku,boleh tambah berat badan.

dan cuti ni aku bercadang nak kembali ke tabiat asal tatkala aku sensorang.Tabiat yang mulanya dari penangan cuti 7bulan after SPM...menjahit benda pelik2.Tetapi oleh kerana aku dah kehilangan skill-skill menikam kain,aku try tengok kat internet tutorialnye..jahit pakai tangan ni lambat laa..mak aku dah keluar fatwa,jangan sentuh mesin jahit turun temurun dari opah aku tu.Pasal the last time aku guna,mesin tu kene "hospitalised"..sebulan dia tak menjahit,bising la dia.

haha..ala..bukan sengaje..masalah kecik je nak pasang jarum,jarum jatuh dalam lubang mesin,ingt dah jatuh bawah meja,aku start je la mesin,rupanya sangkut kat gear.bile mesin dah jalan,gear dah gerak,jarum tu bengkok,gear lekuk.mesin jammed.

tu je~

aaaa....alangkah indahnya hidup ku andai aku pemilik kedai kek...bile2 mase nak makan boleh...tak de la aku gaya kelaparan menjahit makhluk pelik tapi comel yang aku bagi nama Rempeng ini~

haha...Rempeng is 60% finished..lalalalala

No comments: