Citer2 Kungfu
-adelah malang menjadi ibubapa kepade hero sebab selalu jadi mangsa pembunuhan oleh orang jahat mase hero masih kecik lalu menjadi yatim piatu.Girlfriend hero plak selalu jadik mangsa culik.
-kalau ade orang cedera parah@sikit lagi nak mati,mesti dia sempat tarik nafas pahtu cakap sepatah dua untuk bagitau identiti pembunuhnye.
-ade skill untuk terbang-terbang melintasi bumbung rumah,pokok dengan jarak yang sangat jaoh tampa berpeluh,muke selamba control macho je.tapi kalau nak ke kampung @bandar sebelah mesti kene naik kuda.
-hero selalunye xde job,tapi sentiase ade duit nak bayar bile makan kat kedai
-hero dengan penjahat konpem akan berjumpe satu same lain xkesah la betape beso negara atau jauh jarak kedua-dua orang itu.
-selalunye xperlukan tabib kalau ade kecederaan dalaman.duduk bersila,tutup mata,angkat tapak tangan sambil siku di lutut & asap akan keluar dari kepala.pahtu dah pulih sepenuhnye.
-diorang boleh simpan pelbagai barang(terutamanya duit) pada lengan baju@lipatan kain pinggang tanpa tercicir walopun dah jadoh dengan orang jahat.
Citer2 Hindustan
-hero slalunye tak penah tunjuk rase sakit walopun kene belasah teruk,tapi akan kerut2 muka & mengerang kesakitan bile heroin nak bersihkan luka dia.
-hero takkan jatoh cinta ngan heroin selagi scene menari dalam hujan xde.
-sekali je make-up tapi tetap bertahan dalam hujan,perang @ tangisan.
-hero & heroin sedang menari di padang,tetibe ntah dari mana datang 100 orang yang tak dikenali join diorang menari tanpa perlu hero & heroin stop dan ajar mereka step2 berikutnya.
-bahasa inggeris wajib disebut dengan kuat secara tibe2.contoh:"Shut up!","Impossible!","Get out!"
-boleh berlari keliling pokok sambil nyanyi,guling2,main mata,tuka2 pakaian tanpa rase penat.
-dalam scene last,selalunya penonton akan dikejutkan yang musuh sebenarnya adelah abang kandung hero & tukang gaji sebenarnya mak heroin dan begitulah seterusnye~
maka,tula antara cliche'2 filem kat tv.dan tu sebab aku lebih prefer tengok kartun.Tengok kartun sentiase ade benda baru,otak aku bkembang la sket.Tengok kartun xpayah kerut2 dahi nak faham benda kompliketed..huhuhu~